Watch Out

Tuesday, February 26, 2008

..Jensen Meckling.

1976 sewaktu Michael Jensen dan William Meckling (theory of the Firm)mendapati artikel mereka tersiar di Journal of Financial Economic..ketika itu saya masih lagi terpesona dengan keasyikkan hisapan botol susu sambil menggigit 'selimut busuk'. Kini setelah 32 tahun artkilel yg sama diulang cetak beberapa kali, saya pula sedang membelek (ntah kali yg keberapa belas),review dan membaca...dan mungkin dikala ini Michael Jensen dan William Meckling pula sedang bersantai dengan lapangnya setelah jenuh mencurahkan idea melalui penulisan hebat mereka.

Theory of ownership structure yg diolah begitu baik sebenarnya adalah gabungan beberapa theory lain seperti theory of agency, theory of property rights dan theory of finance.Konsep agency cost juga telah diberi sentuhan dimana ia mampu menunjukkan perhubungan diantara syarikat, pemilikan dan kawalan...dengan kehadiran tanggungan hutang syarikat dan juga ekuiti luar..persoalan siapa yang menanggung segala kos dan kenapa adalah sangat menuntut penjelasan...Ramai sarjana hari ini menulis bersandarkan theory cetusan Jenson & Meckling..getus hati saya..maka tak mengapa kalau saya peruntukkan sedikit saja lagi masa untuk menelaah penulisan hebat ini..tapi due date mesti ada sebagai limitation..Kalau tidak habislah...mana mungkin sedangkan bahan bacaan lain pula sedang menuggu giliran utk dibelek dan DIBACA & REVIEW...

Sunday, February 24, 2008

BBQ di Kaitoke Park







Setelah bebarapa kali terpaksa menolak permintaan office mates (Richard, Binh, Saurabh, Dana and Rahmadi) akhirnya pada 23/2/08 kami sekeluarga berkesempatan BBQ di Kaitoke Park di Upper Hutt (lebih kurang 1 jam dari Wellington) bersama-sama mereka. Nasib baik Richard bawak extra BBQ plate..




Cantik Kaitoke Park..keindahan alam semulajadi yang sangat terpelihara dengan pemandangan balam-balam bukit dan sungai jernih yang dipenuhi batu-batu berlumut (tanda betapa terpeliharanya sungai mereka)..Padang rumputnya bersih dan sangat menyenangkan mata memandang..ditambahi pula dengan cuaca yang baik dan nyaman. Disebalik semua itu terdapat kemudahan BBQ (50cents coin operated), tandas dan security guard.












Monday, February 18, 2008

Seribu satu gelagat anak2






Dah masuk 3 bulan kami berdagang kat Wellington ni...keadaan semakin baik (I guess but quite subjective) tapi kdg2 tu sebagai manusia biasa yang terlalu banyak kelemahan, saya agak tension dgn time management..Selalu duduk berbincang dgn husband merangka jadual kerja kami bersama supaya kami take turn bersama anak2...

"Anak-anak ni amanah Allah" begitulah pesan emak yang sering saya ingat.. tatkala kemarahan tiba2 menjengah dengan gelagat dan perangai 'bukan-bukan' yang sering dipamerkan oleh Adam, Aidid dan Sofea (nama adalah mengikut turutan darjah kenakalan)..Tapi ada masanya mereka saya ajar dgn penuh psikologi dan ada masanya mereka turut diajar mengikut teori 'rotanlogy' (according to Ustazah Zuina, UiTM Johor)..masakan tidak semalam contohnya Adam dan Sofea menconteng carpet rumah dengan dakwat (dari patahan gel pen)..manakan tak mengamuk papanya...teruk dia memberus carpet dan cuba sedaya upaya mengemas kembali kesan kotoran pada carpet tersebut. Akibatnya Adam dan Sofea saya hantar ke bilik tidur lebih awal seawal jam 6 petang (Dek kerana takut dan bersalah mereka pun tertidur tatkala saya periksa bilik mereka sekitar jam 6.30 ptg)

Tapi bila anak2 sudah terlena, saya akan mengambil peluang utk membuat kerja2 yang perlu dibereskan..tiba2 pada suatu saat saya terasa kehilangan..saya terasa sunyi pulak tanpa riuh hilai tawa anak2 dan suara rengekan mereka..Aduh..susah betul .Apa pun saya dapat rasakan kekuasaan Allah di dalam menurunkan ujian kepada hambaNya

Buat Sofea, Adam dan Aidid...cepatlah besar dan jadi anak2 yang baik...


Papa..nak sate









Weekend yg lalu, Sofea tiba2 merengek nak makan sate..aduh..mana nak cari la pulak kat Wellington ni..adalah jual tapi secucuk $2.50..Allahuakhbar (dahlah tak dapat elaun lagi..kwn2 lain semua dah dapat bila cek dgn KPT jawapannya sgt memilukan..ops terbalik no akaun dan no code banknya lah kak). Tak senang memikirkan yg anaknya tak dapat makan sate, esok sewaktu Sofea pergi sekolah, papanya pun memulakan operasi membuat sate daging...Jgn tak caya...siap dgn kuah kacang, nasi himpit (bekalan dari M'sia nasi himpit NONA), timun dan bawang.

Tiba-tiba the ninth wonders telah terjadi dan sempat dirakamkan..Aidid (yg dah masuk 13 bulan TAPI BELUM TUMBUH GIGI) telah menghabiskan secucuk sate...macamana dia mamah sate tu pun tak tau lah...tau2 dah habis cuma ada sikit2 remah terjatuh atas carpet...
Kalau difikir2kan bagus jugak stay kat tempat org ni...we are so much independent..kalau diperhatikan sebelah sate tu adalah puding roti (sayang nak buang roti -roti yg tak habis dimakan anak2) yg saya sediakan sebelum pergi kerja...Kalu kat Malaysia..sorrylah nak sate pergi je mana2 kedai...mesti ada (..kan Payat teringat kat sate Wak Seman kat Jementah nu..)..sampaikan pizza hut pun ada sate, kalu nak pergi kerja sempat buat secawan air panas utk diri sendiri aje..anak2 bibik bole settlekan segala keperluan mereka, pukul 10 dah boleh pergi makan mi rebus kat kedai sebelah kiri gate UiTM tu or pg pekena nasi lemak kat Batu 8..puhhh..

Monday, February 4, 2008

Teddy Bear Picnic Day






Wow...bestnya..Its a Teddy Bear Picnic Day...27th Jan 08 bertempat di Padang Cricket berhadapan Lady Noosewood Rose Garden di Wellington Botanical Garden. Antara aktivitinya ialah face paint, teddy bear competition (biggest). (smallest),magic show, clown entertainment, outdoor games dan macam2 aktiviti kanak2 yg lain...memang fun dan tiada bayaran masuk cuma kalu nak main tu kenalah bayar...


Masing-masing bawak teddy bear...Sofea apalagi bawak Marie kesayangannya ..la..tapi tak masuk bertanding sebab tak tau nak masuk kategori apa...Aidid tak dapat nak main apa2 tahun ni tahun depan maybe..kalu dah boleh berlari..Yg syok sekali tengok muka Adam (face paint) yg dah macam anak harimau belang sihat..dan Sofea cute dgn butterfly paint nya...