Watch Out

Monday, March 31, 2008

Fruit Picking - Otaki






Sempena cuti panjang (Good Friday and Easter Monday) kami ke Otaki untuk merasai pengalaman fruit picking. Lagipun cili dan lada dirumah dah hampir habis. Meriah betul suasana memetik buah tomato, epal, lada (bermacam2 jenis lada), capcicum,terung,pear dan macam2 lagi. Sofea ,Adam dan Aidid seronok betul memetik buah.Berbaldi2 hasil kutipan dan apabila sampai ditempat penimbang, apa lagi...BAYARLAH...

Aidid dah pandai memanjat






Aidid dah tumbuh gigi dan menunjukkan skilnya memanjat. Bukan sahaja boleh memanjat meja dan kerusi tetapi juga telah berjaya memanjat tangga rumah kami yang agak tinggi.

Wednesday, March 19, 2008

Mama busy..

Kesian Sofea...beliau dah banyak kali meminta saya menyudahkan projek sekolahnya Jungle Germ dimana beliau perlu meletakkan foto2 beliau dan keluarga di atas sekeping cardboard berserta catatan2 menggambarkan foto2 beliau dan keluarga untuk ditatapi seluruh kelas. Expectation cikgunya (Sonia and Jane) sgt tinggi terhadap beliau kerana beliau seorg sahaja yang non kiwi dalam kelas jadi mereka berharap dapat melihat foto aksi2 sofea dari Malaysia.

Tapi jawapan cliche saya as usual ialah mama busy nanti dulu... lambat lagi kan lepas Easter Holiday baru Yah punya turn.

Kebetulan saya memang busy dgn assignment sekarang. Saya mengambil 2 kelas Research Methodology di sini. Satu kelas tanpa apa2 assesment cuma attending tapi satu lagi kelas with assesment, tu yang banyak assignment tu.Strategi assignment saya ialah sentiasa ahead 2 assignment dari due date.. maklum takut kalau2 waktu due date nanti ada apa2 aral kan susah....Cuti Easter ni kalu boleh nak habiskan semua assignment (ada lagi 5)..Kalau diizinkan Allah...

To Sofea don't worry..we will together prepare the most wonderful jungle germ that ever being potrayed in hataitai school..he..he..kalau Sofea tau pasal janji saya dalam entri ni mesti seronok betul dia..tapi nantilah lagi 5-6 tahun kalau dia ada masa nak jenguk2 blog ni bolehlah dia tatap entri ni dan tentunya dia amat memahami keadaan mama pada ketika ini.Thanks to Papa kerana dah print beberapa keping gambar (ketika di A'Famosa, Ayer Keroh) dan di Bukit Tinggi. Insyallah, nanti kalau dah siap saya akan cuba upload dalam blog ini...(harap2nya ada masa)

Saturday, March 8, 2008

Cost benefit analysis (I)

Selalunya setelah anak2 tidur sekitar jam 6.30, saya akan mengambil kesempatan ini menyudahkan seribu satu macam kerja yg tergendala/tak boleh dibuat ketika anak2 sedang memerlukan perhatian dan melayan segala keperluan mereka.Nak dipendekkan cerita..saya selalu jugak mendownload gambar2 yang dipetik dari internet saja nak buat laptop background lah dan macam2...Tetapi malang menduga...laptop saya diserang dgn virus dan spyware bertubi2 dan melumpuhkan segala operation systemnya...Setelah diinstall spyware burner juga nampaknya tak berapa berkesan (anyway thanks to Khairul)..saya dah termenung panjang maklumlah banyak 'benda' disimpan dalam laptop. Seorg kawan menasihatkan kami supaya backup semua files, install updated anti virus/spyware and then reformat. Saya setuju...tapi jauh dilubuk hati sebenarnya NAK BELI LAPTOP BARU....huwaa... tapi ongkosnya??

Dikala inilah cost benefit analysis patut dijalankan...Setelah berfikir panjang dan menghitung segala perbelanjaan (the benefit gained should at least worth the cost incurred) akhirnya saya dan suami bersetuju untuk membeli sebuah laptop baru disini (labtop yg sedia ada pun dah berusia hampir 5 tahun).

Dan dikala posting berkenaan cost benefit ini ditulis,..ianya diupload melalui laptop baru..yehaa..Alhamdulillah..di Noell Leeming (ada sale) terbang $1249 (lebih kurang RM3000) berganti sebuah HP Pavilion dv6000. Semoga laptop ini dapat berfungsi dan cover segala capital expenditure yang incurred.Antara spec nya ialah 3 yrs international warranty,160 mb Ram, widescreen 15.4, webcam, intel core2duo processor,1 Gb dan etc.

Bila dah ada laptop baru ('keciwi' kata org Perlis) ni..mintak2nya bersemangatlah hendak menaip assignment ACCY 421 (tiap2 minggu ada assignment..aduh..cepatlah berakhir bulan May). Teringat suggestion seorang kawan sewaktu di UiTM Segamat...Alangkah bagusnya kalau laptop cost diperuntukkan untuk setiap PhD student..wow pasti menarik.Di Victoria University of Wellington (VUW)..ni..ada cash $400 offer untuk sesiapa yang ingin membeli laptop baru tetapi syaratnya desktop office akan ditarik balik (kita kena sentiasa membawa laptop ketika di office). Saya rasa saya masih tetap memerlukan desktop di offfice so saya terpaksa menolak tawaran menarik tersebut. Again analysing the cost incurred and benefit gained.

Tetapi sebenarnya dalam banyak hal saya tidaklah idealistik..saya selalu sahaja mengikut kehendak hati...ALAH..TAK PAYAH BERKIRA SANGAT..NANTI DATANGLAH REZEKI LAIN...bisik hati setiap kali setelah selesai menurut kehendak hati...mudah-mudahan dengan izinNya. Amin