Watch Out

Friday, September 26, 2008

Sakura Festival

Bertempat di IPC (International Pacific College) Palmerston North, kali ini Sakura Festival pula mengambil tempat. Konvoi 6 buah kereta- Fairuz, Pian, Madi, Sam, Nik dan kami meluncur sejauh 2 jam sebelum sampai ke destinasi. Sebaik sampai, parking dah penuh. Berbaloi perjalanan jauh kerana landscape IPC sangat indah dan cantik. Pokok sakura yang berjuraian gugusan bunga kecil -pinkish memenuhi lirikan mata ditambahi pula dengan tasik-tasik yang dipenuhi berbagai jenis bunga2an lain. Sangat cantik. Anak2 macam biasa sibuk dengan bouncing castle tetapi saya lebih seronok menghirup udara segar , nyaman dan menjamu mata menyaksikan keindahan panorama ciptaan Illahi. Pertunjukan kebudayaan negara juga dipertontonkan dan dikiri kanan jalan dipenuhi dengan Japanese girl yang berkimono-rasa macam kat Jepun pun ada. Bagai tak mahu balik kerana terpesona dengan keindahan semulajadi IPC, kami meneruskan perjalanan kali ini ke Wind Farm pula menyaksikan deretan janakuasa windmill yang terletak di lereng-lereng bukit.

Sekitar IPC

Teruja melihat gelagat Japanese yang berkimono

Di Windmill Farm

Pose istimewa Aidid

Perkarangan Admin Office IPC

Monday, September 15, 2008

Daffodil Carnival

Bertempat di Carterton, pada 14 Sept 2008 kami bersama2 Mas, Ueya n family dan CT bertolak seawal 9 pagi. Ramadhan nampaknya tak mematahkan semangat nak berjalan2 sambil 'beriadah'. Melalui Wairapapa (kawasan bergunung ganang) akhirnya setelah 1.30 jam kami sampai ke destinasi ditujui. Pekan Carterton berwarna warni dengan bunga Daffodil dan kemeriahan pesta ini turut diserikan dengan kehadiran Fire Brigade ala2 Retro (1954) dari Carterton, New Zealand Fire Department. Adam the big fan of Fireman Sam apa lagi bergambar, siap naik bersiar2 satu round.Setelah puas meronda pesta, membeli belah, anak2 bermain2, akhirnya kami ke ladang Daffodil tak jauh lebih kurang 4 km dari tapak pesta. Dengan $4 seseorang boleh membawa balik 2 dozen bunga2 Daffodil. Seronok memetik bunga yang kuning dan putih, bergambar dan menghirup udara segar dari ladang Daffodil, kami beransur pulang sekitar jam 3.Pulang menuju terus ke Kilbernie Mosque lagi. Dah hampir berbuka pun waktu sampai Welly. Kali ini Fijian pula mengambil alih Iftaar.

Setiba di Carterton

Aidid naik kereta pusing

Bersiar-siar dengan Fire Brigade lama-kesukaan Adam

Berposing di Ladang Daffodil

Aqiqah - Adam & Aidid

13 sept 2008, Muslim Cambodian Committee organise Iftaar di Kilbernie Mosque. Seperti biasa Bro. Suffian and Sis Aminah anchor kerja2 memasak. Lantas hasrat untuk contribute lamb sekaligus Aqiqah buat Adam dan Aidid disuarakan. Green light..semua nampaknya gembira dan we manage to get $110 /lamb dari Yaacob (halal butcher). $440 semuanya bahagian kami.Nampaknya bukan kami sahaja, Kak Fidah called dari Johnsonville mengatakan Deja dan Ahmad (Herni) kawan Singaporean kami juga berminat turut serta untuk Aqiqah. Wah! nampaknya 10 ekor kambing akan diaqiqahkan sempena Iftaar kali ini. Meriah ..apatah lagi Sis Aminah and crew sangat handal memasak...kari kambing lazat, fried noodles, springrolls, samosa, salad dan buah2an.Seronoknya...niat tercapai di bulan ramadhan, kerja2 menjadi mudah kerana ramai menolong infact kami hanya bantu sikit2 sahaja kerana Cambodian yang menyediakan segala rempah ratus dan kelengkapan memasak. Alhamdulillah...

Adam & Aidid bergambar di Kilbernie Mosque

Lamb Currry ala Cambodia

Hadirin (basement) - Masjid ada 3 tingkat

Thursday, September 4, 2008

Al-Fatihah buat Kak Miah

Semalam jam sekitar 1p.m (waktu Malaysia) Kak Miah (kakak kepada suami) telah pulang ke Rahmatullah. Kami mendapat khabar menerusi email yang dikirimkan oleh anak saudara. Nasib baik frekuensi cek email ni kerap dilakukan oleh hubby lately. Panggilan demi panggilan dibuat ke Malaysia, suami berhubung dgn sanak saudara mengenainya. Arwah dikhabarkan meninggal akibat diabetes ketika beliau pitam. Sedih...sayu..Terkenang kembali sepuluh tahun lepas beliau pernah tinggal sekejap dgn kami di Puchong. Sewaktu hayatnya beliau sangat disenangi ramai. Sangat cekap memasak dan beliau menyara hidup keluarga dgn berniaga di beberapa tempat di Sg. Petani. Tatkala penyakitnya semakin teruk beliau mula tinggal bersama2 anaknya di Johor Bharu dan kadang2 di Melaka. Benarlah juga kata sebahagian orang2 tua bila di hari tua nanti kita lagi selesa tinggal bersama2 anak perempuan. Bukanlah bermakna anak lelaki tidak menyenangkan namun fitrah anak perempuan lebih memahami mungkin menjadi faktor galakan.Beliau meninggalkan suami (Abg Ku Ie), anak2 (Ina- JB, Ita- Melaka, Mie- KL dan Intan- Ipoh).Semua anak2 dah besar2 belaka dan berkahwin. Kehilangan beliau sangat dirasai terutama jika pulang ke Sg. Petani nanti...kerana rumah beliau adalah destinasi wajib bagi kami sekeluarga.Beliau juga yang sering mengajar saya memasak disaat mula2 berkahwin dulu antaranya yang saya paling ingat ialah rendang dan kerabu perut. Rajin, cekap dan baik..itulah dia Allahyarhamah kak Miah... Jasad selamat dikebumikan malam semalam setelah ianya dibawa dari JB ke Kg. Bujang, Sg. Petani.

Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan mereka2 yang beriman....Al-Fatihah

Monday, September 1, 2008

Ramadhan Menjelma Lagi

Alhamdulillah..dapat bertemu lagi dikesempatan Ramadhan tahun ini. Bulan penuh kerahmatan, pengampunan dan kenikmatan. Jadual Iftaar (buka puasa) dan Imsaak dah digantung untuk daily reference. Semalam sedang sibuk mengajar Sofea niat berpuasa dan doa buka puasa, tiba2 kelihatan Aidid menyempurnakan solat 'Dhuha' gamaknya. Mulut keciknya yang hanya dihuni beberapa batang gigi kumat kamit seolah2 membaca sesuatu. Saya memerhati dgn geli hati ..apatah lagi dia tiba2 terjun tiruk menjunam utk sujud tanpa sebarang rukuk...Aidid..Aidid..kelakar betul...Kami menegur, lantas dia berhenti solat dan tersipu2 malu..

Camana Sofea nak puasa ni...umur dah enam tahun (teringat saya mula berpuasa penuh ketika umur2 begini dahulu). Cabaran paling payah ialah Sofea is the only muslim student in Hataitai School. Waktu makan ada 2x. Teabreak 15 min dan lunch 1 jam. Takkan mampu dia berpuasa sedangkan kawan2 lain enak makan dan berlari2. Hish..susah jugak..

Hari ni ..cadangnya nak masak rendang ayamlah..first day berbuka puasa di perantauan...bagi good starter sikit.Husband berhenti kerja sempena Ramadhan ni..baguslah..serik melihat dia bekerja sepanjang malam dan keesokkanya terpaksa pulak menjaga anak kalau saya ada apa2 hal di office. Cabaran berpuasa disini kerana program dan routine hidup berjalan seperti biasa kerana Kiwi tak mengerti apa2 pasal berpuasa dan time utk Iftaar.Nasib kelas dah habis dan Supervisor (Bhgwan) pun steady jer .... So semoga Ramadhan ini kami sekeluarga dapat berpuasa dgn baik dan meningkatkan amalan2 sampingan..Amin
Buat semua umat Islam..salam Ramadhan dari kami sekeluarga..