Bertempat di IPC (International Pacific College) Palmerston North, kali ini Sakura Festival pula mengambil tempat. Konvoi 6 buah kereta- Fairuz, Pian, Madi, Sam, Nik dan kami meluncur sejauh 2 jam sebelum sampai ke destinasi. Sebaik sampai, parking dah penuh. Berbaloi perjalanan jauh kerana landscape IPC sangat indah dan cantik. Pokok sakura yang berjuraian gugusan bunga kecil -pinkish memenuhi lirikan mata ditambahi pula dengan tasik-tasik yang dipenuhi berbagai jenis bunga2an lain. Sangat cantik. Anak2 macam biasa sibuk dengan bouncing castle tetapi saya lebih seronok menghirup udara segar , nyaman dan menjamu mata menyaksikan keindahan panorama ciptaan Illahi. Pertunjukan kebudayaan negara juga dipertontonkan dan dikiri kanan jalan dipenuhi dengan Japanese girl yang berkimono-rasa macam kat Jepun pun ada. Bagai tak mahu balik kerana terpesona dengan keindahan semulajadi IPC, kami meneruskan perjalanan kali ini ke Wind Farm pula menyaksikan deretan janakuasa windmill yang terletak di lereng-lereng bukit.
Sekitar IPC
Teruja melihat gelagat Japanese yang berkimono
Di Windmill Farm
Pose istimewa Aidid
Perkarangan Admin Office IPC