Watch Out

Wednesday, July 30, 2008

Some interuption comments

I had noticed that there were a few interuption 'comments' lately in this blog. Those comments are from unfamiliar and doubtful sources (eg. lotto and crazyinfo). Still thinking the best way to treat this problem..

Saturday, July 26, 2008

Ekspedisi North Island: III- Rotorua, Lady Knox gasier & Maori Village










Meneruskan perjalanan pagi esoknya ke Rotorua. Perjalanan mengambil masa 1 jam sahaja dari Lake Taupo. Tempat pertama dilawati adalah Mud Pool. 'Busuklah mama' komen sofea sambil menekup hidungnya tatkala terhidu bau belerang (sulfur). Tepat pukul 10.15 kami telah berhimpun di hadapan Lady Knox gasier bagi menyaksikan satu lagi keindahan iaitu pancutan gasier.

Seterusnya ke Thermal Wonderland. Di sini kami berjalan sejauh 1.5 km (shortest path) mengelilingi tasik, lopakan sulfur dan melihat keindahan semulajadi bentuk muka bumi Kiwi ini. dalam hati saya patutlah New Zealand ni takda ular...banyak sgt sulfur. Sambil berjalan kami bergambar dan sampai di titi/jambatan panjang yang menyeberangi tasik/lopak sulfur. Sebelum ke hotel Ace Motor kami sempat ke Liliput farm tapi malangnya tutut dek cuaca yang tak mengizinkan. Aktiviti terakhir sebelum check in hotel ialah bersantai di perkampungan Maori menyaksikan tamadun, cara hidup dan peradaban mereka. Kami sempat dihiburkan dgn tarian Maori (tergelak mengenangkan Aidid yang menangis ketakutan sambil menekup muka).

Ekspedisi North Island: II- Huka Falls & Lake Taupo













Pagi 5/7/08 kami bergegas meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Lake Taupo yang akan mengambil masa selama 2.30 jam. Dalam perjalanan, glasier memenuhi jalan dan pemanduan kenalah berhati2. Singgah makan, amik gambar. Destinasi pertama ialah Huka Falls...indahnya pemandangan...sempat bergambar dan setelah puas kami menaiki cruise pada jam 12.30. Cruise mengelilingi tasik dan berlatarbelakang hutan, bakau, Falls, dan macam2 lagi. Seronok..syok dan best.....selesai cruise kami meneruskan aktiviti melawat Craters of the Moon..melihat kepulan asap yang keluar dari perut bumi. Menarik...

Friday, July 25, 2008

Ekspedisi North Island: I - Mt. Ruapehu















"Confirm"..4-7 July 2008 kita makan angin. Yey..anak2 bersorak riang. Dipendekkan cerita semuanya selesai di prepare..makanan, pakaian, susu&pampers,persiapan khas utk main snow, hotel (booked), kereta (serviced), maklum nak jalan jauh dgn budak2 ni...

4 July 2008- bertolak; Mount Ruapehu
Bertolak seawal 3.30 pagi. Dalam perjalanan anak2 tidur tapi kejap2 terjaga tanya dah sampai ke belum. Singgah di pertengahan jalan solat subuh dan menjamah sarapan pagi. Sedap..sosej bakar, sandwich roti & egg mayo, spaggethi. Hmm bukan alas perut lagi ni...Perjalanan diteruskan menuju ke Okahune. Sampai di wheel chain centre (tayar depan kereta hendaklah diikat dgn wheel chain utk ngelak gelinciran glasier) sekitar 9.45am. Mt Ruapehu adalah active volcanoe dan kali terakhir ianya mengeluarkan lahar adalah pada 2004. Wow.!.syoknya main snow di lereng active volcanoe...Sampai dipuncak Mt Ruapehu, persiapkan anak2 dgn pakaian utk main snow, sewa slade $10. Puas , seronok, rileks, enjoy, macam2 nak digambarkan ketika saya, husband, bermain dan melihat telatah Sofea, Adam & Aidid bermain and slade dgn snow. Setelah hampir 2 jam bergelumang dgn snow kami naik ke atas cafe utk cofee & fish n fries. Aidid dapat choc muffin..masing2 kelaparan dan makan sepuasnya especially nak hilangkan kebas akibat kesejukkan. Selesai lunch, kami sambung lagi snow & slading kali ini kami menjelajah jauh ke bawah gunung. Wow....saya mula2 ketakutan utk slade..lama2 seronok pulak ngalahkan anak2. Husband asyik dgn camcoder Sony baru (keciwi) dan sibuk merakam segala aksi. Selesai dan puas bermain kami bercadang utk terus ke motel. Ketika itu ribut kecil salji bermula, pedih muka menahan tiupan angin yang membawa bersama2 nya salji apatah lagi melihat anak2 yg terketar2..Di motel, Miro Ridge..kami mendapat sebuah bilik besar yang dilengkapi katil kingsize dan bunker utk anak2. Selesai dinner, kami bermeeting sikit utk perjalanan esok. Ekspedisi ini turut disertai oleh 3 keluarga lain (Madi&Mas, Sham&Ueya, K'rul&family serta Cah n CT). Tidur malamnya nyenyak dek keletihan, malam itu snow turun tetapi yang pastinya tidur kami nyenyak dan selesa sementara menunuggu pagi esok utk menyambung ekspedisi.

















Sunday, July 20, 2008

Proposal: presentation & defence

"18 Julai 2008- I had confirmed and blocked that date for your proposal defence" Wares dengan tenangnya menyapa saya ketika meeting pada pagi 1/7/2008. Mahu terkujat juga saya dibuatnya ketika itu....aduh mak..dah ready ke aku? soalan demi soalan bertubi2 menyerang diri. Pada keesokkan harinya nama dan abstract saya telah formally addresses ke seluruh SACL staff board (School of Accounting and Commercial Law)- menambahkan debar dan kocakan hati.

Yang paling terkesan hingga ke hari ini adalah percutian keluarga dan rakan2 yang lain harus diteruskan kerana semua perancangan dan booking telah di finalise. Apa lagi ...saya membiarkan diri merasai dan menikmati kesoronakan percutian walau sesekali ingatan terhadap 18/7/2008 menjelma jua. (entri akan diupload melalui vacations series nanti)..he..he

17/7/2008 - Noor's turn

Presentation dan proposal defence oleh Noor Hauque membuka sesi laluan untuk term ini. Nampak dia begitu tenang dan mampu mengupas dgn baik esp. bab research questionnya. 'Aku kena betulkan sikit bab ini' getus hati kecil saya. Ketika pertanyaan demi pertanyaan diajukan beliau saya dapati kadang-kala confuse tetapi dgn bersahaja cuba menjawab sebaik mungkin sehingga soalan yang sama diulang lagi melalui cara lain dikeutarakan ..barulah jawapan terungkai. Saya memerhati tepat segalanya tetapi dengan fikiran dan perasaan yang bercampur2. Camanalah aku esok ni????????

18/8/2008 - Tenanglah wahai hati

Hari yang ditunggu tiba jua. Sessi was chaired by Prof. Kelvin Holmes. "Bell, do you want to take the questions during or at the end of your presentation?" formally disoal Kelvin, saya menjawab " at the end of my presentation please". Saya mengucapkan terima kasih dan memulakan presentation with slow, pace and intonation yang tidak laju. Memulakan prentation dengan diagram of presentation flow, diikuti dengan diagram of study background. Seterusnya saya tiba ke ' gap of study'. Perlahan2 presentation beralih ke research
questions, theoretical framework, research design dan akhirnya contribution. Tatkala mengakhiri presentation saya sempat menyenaraikan acknowledgements terhadap supervisors, Prof. Tony Van Zijl (finalising my theoretical framework), Prof. Keitha (methodology) dan khasnya kawan2 dan staf2 yang lain.

Seterusnya, sesi Q&A mengambil tempat. Soalan pertama diajukan oleh Prof. Keitha seingat saya, seterusnya diikuti oleh Prof. Tony Van Zijl (tax implications), Prof. Kelvin sendiri selaku chairperson sempat bertanya mengenai data and sampling. Soalan dari Phuong sedikit menyesakkan saya (basically saya tidak berapa faham soalan tersebut). Namun diulang tanya dan kali ini soalan itu lebih friendly dan pantas dicantas oleh Wares. (selamat aku kali ni..he..he)Walaupun supervisor tidak dibenarkan mencelah namun mereka dibenarkan untuk clarify any issue yang dirasakan sesuai oleh research comiittee yang ber'jaga' sepanjang presentation. Prof. Keitha sempat menyuarakan sedikit pandangan beliau didalam beberapa hal2 dan saya rasanya tak lupa mengucapkan terima kasih diatas setiap soalan, comment mahupun tembakan 1-2 soalan yang agak menyesakkan. Total soalan + comments + pandangan adalah disekitar 10 - 12.
Keseluruhan masa yang diambil roughly about 1 hour.

Selepas sesi tamat, kami bergegas keluar bagi memberi ruang kepada research committe bersidang. Di luar, saya dan Deb saling melepaskan segala rasa gundah yang sebelum ini sarat bersarang. What a relief. Seketika kemudian, barisan research committe mulai keluar diketuai oleh Bhagwan sendiri. Bergandingan bersamanya ialah Wares...tup..tap..tup..tap...jantung kembali kencang berdegup. 'You are ok' kata Bhagwan..saya masih terpinga2..'Your proposal was accepted and congratulation' terang Wares. Selepas itu suasana bertukar menjadi hingar bingar dan yang kedengaran hanyalah congratulations demi congratulations.

Saya memanjatkan kesyukuran terhadap Illahi. Terlalu2 berterima kasih kepada suami dan emak yang pastinya tak putus2 berdoa untuk anaknya. Kepada kawan2- Binh ,Cah, Khairul, Richard, Phuong, Noor, Deb etc..thanks for the inputs, rakan2 bloggers (doa dan dorongan kalian semua), seterusnya rakan2 lain yang tak putus2 mengucapkan good luck saya hanya mampu dikala ini mengucapkan ribuan terima kasih, semoga Tuhan membalas segala kebaikkan ini suatu hari nanti.

Kepada Sofea, Adam dan Aidid..mama akan tebus kembali segala masa yang mama abaikan selama ini (kerana terlalu sibuk dgn proposal ini). Sebak saya tatkala menulis di entri ini terutama apabila mengenangkan anak2. Sebagai penutup, saya merasakan proses PhD proposal presentation dan defence adalah crucial bagi meneruskan kesinambungan kerja2 kita di masa hadapan. Namun yang saya pasti proses itu dijalankan dengan berhemah, berhati2 tetapi in a friendly manner di Victoria University of Wellington.

Syukur Alhamdulillah.

Wednesday, July 16, 2008

17/7/2008-berserah padaMu

Pada saat ini hanya Allah yg tahu perasan saya....namun saya cuba merakamkan gelora hati dan debaran saya sementara menunggu hari esok... 'Tidur awal, jgn risaukan anak2' (walaupun Adam demam dan Aidid dan Sofea masih sakit telinga akibat jangkitan) pesan suami tercinta. 'Please have enough rest and I want you to come with confidence tomorrow'pesan Dr. Wares. 'Well, Bell show your confidence by coming 5 minutes late tomorrow' usik Dr. Bhagwan..yg. akhirnya mencetus gelak besar saya.

Ya Allah..aku berserah padaMu sepenuhnya.

Tuesday, July 8, 2008

Supervisor - Wares

Sedang menanti Supervisor (Wares) untuk memberi feedback terhadap 2nd draft....cepatlah..tak sabar rasanya..coz banyak planning sedang dalam queue untuk diusahakan...Dalam menunggu tu baik jugak saya menulis sikit perihal beliau.

Bercakap pasal supervisor ni saya ada 2 supervisor; sorang namanya Wares Karim dan sorang lagi Bhagwan Khanna. Wares;muslim, tak jemu2 mengajar saya research methodology dan tanpa pertolongan beliau tak taulah dimana saya berdiri hari ini.Terlalu berterima kasih kepadanya walaupun saya terpaksa berbanyak2 bersabar kerana beliau sibuk dan selalu miss out 'timing'. Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari....'I'm leaving for UK'..sepatah kata beliau sewaktu memberitahu saya dan Bhagwan ketika kami sama2 meeting dalam 4 bulan yang lalu...rasanya tersentak seluruh urat nadi dan segala saraf pada diri saya..tergamam dan terkedu seketika Bhagwan jugak terkaku bahasa ketika itu.....Saya dah mula tak dapat nak menahan perasaan..."when" saya bertanya...'in august' jawabnya pendek....Lalu bermulalah episodes pressure saya...meeting dgn supervisor sekerap 2 minggu sekali diubah ke 10 hari sekali kemudiannya menjadi 1 minggu sekali. Perjumpaan dgn Wares dibuat selang sehari dan dikala ini ianya dilakukan hampir setiap hari. Wares sgt baik dan kadang kala sedikit pertanyaan akan meleret2 jawapannya (dia akan start dari seawal2 basic) tetapi semua itu katanya supaya saya dapat menjadi researcher yang baik suatu hari nanti.

Kadang kala rakan2 mengusik kenapa saya terlalu kerap berjumpa supervisor..namun saya persetankan semua usikan itu...bagi saya selagi Wares disini saya akan fully utilise segala masa yang ada agar dapat enrich segala maklumat yang boleh. Selepas ini beliau akan hanya datang ke VUW 2x setahun (setiap kali datang beliau akan spend dlm 2-3 weeks). tak taulah camana nanti kalau saya ada problem. Bhagwan pulak adalah supervisor yang baik dan banyak membantu dalam hal2 administrative.

Saya cuma dapat berdoa agar perjalanan PhD ini dipermudahkan Allah walaupun supervisor harapan saya jauh di UK...To Wares Karim..thank you so much and I'm really indebted to you..

Monday, July 7, 2008

Mencari ruang di celah kesibukan

Sangat sibuk di kala ini.....Anyway kami sekeluarga telah selamat berjalan makan angin dicelah2 kesibukan dan pressure yang sedang melanda.Namun segala keseronokkan itu akan hanya diupdate setelah 18/7/2008. Padamu Ya allah aku berserah segalanya.....Permudahkan perjalanan ini dan semoga apa yang dirancang dan diusahakan akan membuahkan hasil yang baik. Amin....