Watch Out

Tuesday, August 18, 2009

Ramadhan Menjengah Lagi

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah SWT .....Ramadhan akan menjelang.....bulan mulia penuh keberkatan.

Ya Allah ampuni segala dosa-dosaku.

Buat semua muslimin mislimat selamat menjalani ibadah berpuasa..

Monday, June 8, 2009

Usangnya blogku...

Charlotte's birthday Party




Birthday Party with Gym Theme

Ready to Kindy..bersama upahnya..


Durian Montong..hmm good for winter





Toilet kat The Embassy...an old and ancient building



Peneman setia si Abang....ke Kindy

Aktiviti during winter...main kat rumah ajerlah

posing before watching X Men :The Origin

Sempat pulak depa main piano kat The Embassy

Posing depan rumah....

Stagland Wildlife Reserve






Birthday Adam Jr..Adam Sr..tumpang sekali

Pegh...anak2ku dikala summer

Sofea and Aidid kat playground


Panas beno gamaknya...

Tulips show
whie tulips

mixed colour tulips


Santai di Castle point....Dolphins viewing

Berlatarbelakang deretan reefs...


Sejuknyer....

Menuju Puncak....berjalan mendaki menuju light house


Adam kata dia nak jaga telur2 dinosour ni...


Alahai..malasnya nak mengupdate blog usang ni...dlm hati. Namun semalam bila kakak dari Malaysia minta blog ni diupdate...maka tergerak jua hati. Sering diusik oleh kawan2...antaranya..alamak musim dah berganti musim dari summer dah ke autumn dan sekarang dah masuk winter balik..tapi ada orang tu still summer lagi. P.E.D.A.S. tuuu...

Bab Study

Aduh...pedihnya nak berkongsi cerita bab ni..susah jugak hidup tanpa supervisor ni...mana tidak kalau kerja yg kita dah lalui 5-6 bulan tiba2 baru nampak 'loopholenye' dan kena perbetulkan...dah bukan a few steps back tapi ibarat pasang gear reverse and start engage first gear balik nampaknya. Huwaa.....apapun kenalah lalui jugak...Ya Allah berilah segala kekuatan...untuk menempuh semua cabaran menyiapkan PhD ini. Amin

Cerita anak-anak

Sofea makin happy nampaknya. Busy dgn birthday invitation by invitation. Autumn lalu sekitar April sempat bawak Adam n Sofea pergi menonton wayang di Embassy Theatre. 'Mama kena watch movie ni..it is a must for me to complete the whole X-men series'...terpaksa jawab camtu bila Sofea tanya nak tengok cerita apa. Teringat siri X-men yg ke2 sempat escape lecture during Kursus Induksi kat Kg Gajah dgn Nini Suhana ke Ipoh utk tengok wayang....huhu..nasib lulus kursus tu. X-men (last standing) ketiga tengok kat Melaka dgn Dalila....yg latest ni dah x de sape sgt..so terpaksalah heret tangan2 kecik ni....hehehehe. Adam sibuk dgn pop corn sepanjang movie..sesekali tanya bila movie nak habis.

Aidid dah besar. Dah start cakap....dah start cari gaduh. Hmm...but he still my baby....

Aktiviti
Sepanjang autumn kami sempat lagi pergi keladang Otaki untuk memetik buah2an. Kali ni pearnya..hmm macam x cukup.Sedap...sangat sedap. beli banyak lada n cili utk diblender or for nasi goreng.

Beberapa kali aktiviti BBQ dijalankan. Hubby's fishing activiti sgt giat di musin autumn and summer. Berbaldi2 ketam dan hering dibawak balik. Bersama kawan2 Madi, Sam (dah balik M'sia), Pian (also dah balik) and Syafiq. Hasil tangkapan adalah sangat bagus untuk menjana ekonomi rumahtangga. Hmm tapi nampaknya winter ni...aktiviti tersebur terbantut. Sejuk sey...pagi2 nak hanatr Sofea pergi sekolah pun fros memenuhi tingkap n bumbung kereta. Jenuh nak kemaskan dulu..dahlah lambat nak htr anak ke sekolah...hehehe

panjat pagar..berlatar belakang Stonehenge di Aerotoa

Thursday, January 29, 2009

Summer







Summer menjelma lagi maknanya dah genap 4 musim dilalui di bumi Kiwi ni..Pantas masa berlalu meninggalkan segala jejak progress kehidupan, pengajian dan pengalaman. Minggu lepas sempat bermalam di Casle Point, Masterton. Kononnya nak menjejak laluan whales dan dolphin..namun puas ditunggu...percikan demi percikan air diteropong..namun hampa terutama anak2 yg gelisah tatkala pusaran air sedikit mengganas ditiup angin disangka kelibat whales.

Walau hampa dgn bayangan 'mereka'..namun suasana dan panorama di Castle point tersangat indah..sukar diungkap menjadi kata2 tetapi setiap inci bayangan keindahan masih terpahat dalam ingatan ...terkenal dgn rumah api, pantai yang lebar dan cantik, batuan 'reef' yang tersergam indah dah bercantum seakan2 membentuk sebuah tasik yang terhasil dari pusaran air laut...waduh..cantik banget.. hubby apa lagi menjoran dan bersama2 team jorannya berjaya membawa balik hampir 30 ekor kahawai dan spotty malam itu. BBQ ikanlah jawabnya... makan memang kelas..maklum geng2 yg pergi bukan calang2 handal memasak...Mas, ueya, Yani, Ct, Cah...pegh..dari kari ayam, kerutub kambing, mee bandung, kahawai masak asam pedas, nasi daging, nasi lemak, Traveli masak lemak cili api, kahawai masak berlada..kus semangat...macam x cukup 3 hari 2 malam nak habiskan sume makanan....

Bercerita pasal summer ni..setiap pagi Sofea akan membuka tingkap biliknya memberi laluan sinaran mentari menjengah bilik..lalu pantas tangan kecilnya akan memetik 2-3 biji buah peach dari tingkap bilik. Jawabnya berbakul2 buah peach dirumah kami....apalagi panggil kawan2 berjamu...yg muda dicicah belacan+gula+garam+cili+air asam. Yg masak dimakan saja. Depan rumah pula buah nectarine berjurai2. sesekali datang keinginan nak makan rojak buah. Epal hijau pengganti mangga, , nenas, timun ..cukup dicicah dgn sambal pencicah or kuah rojak.Hmmm...sodap!

Saturday, December 13, 2008

Hobby baru...

Lama sudah tidak mengadap blog apatah lagi mengupdatenya. Sekembali dari Malaysia last 2 weeks (data collection), hubby telah menceburi hobby baru yg saya nampak praktikal- fishing. Summer ni sesuai beno lah nampaknya nak memancing. Bersama2 geng yg turut meminati aktiviti ini selalunya mereka akan bersadai di favourite spots seperti Miramar, Seatoun bahkan Hataitai beach pun turut menjadi sasaran. Boleh tahan jugak hasil tangkapan nya..bolehlah menyumbang ke arah 'eco saving&friendly' (our latest family theme).

Tumpasnya Dua flounders (ikan sebelah) dan lagi dua species yg tidak ketahuan

Sunday, October 19, 2008

Syoknye ..Raya

Hari Raya Aidilfitri 2008 jatuh pada 1 Oct. Seronoknya pengalaman pertama menyambut lebaran tanpa keluarga di Malaysia..well sedih jugak tanpa mereka tapi apakan daya. Lebaran tahun ini diserikan dengan kedatangan seorang kawan dari Melbourne, Farha. Farha sedang mengikuti pengajian PhD beliau di Monash U di OZ, Gippsland campus, Churchill. Beliau sampai Wellington pada Ahad malam dan kami berbual panjang lebar.

Pagi raya, juadah yang sempat disediakan ialah soto ayam, nasi impit, kuah kacang. Sofea, Adam dan Aidid pula menyumbang biskut cornflakes. Jenuh jugak nak menyiat ayam dan buat begedil ni...tapi raya punya pasal no hal. Ali sembahyang raya di Kilbernie Mosque dan setelah sembahyang kami mula menerima tetamu sehingga jam 4 petang. Meriah sungguh....Rumah Bro. Suffian lebih meriah dengan tetamu aneka bangsa. Rumah kami menerima tempiasnya..seronok menyambut tetamu bukan sahaja dari kawan2 Malaysia, bahkan dari Cambodia, Bangladesh, Indonesia, Kiwi dan Iraq.Setelah itu sempat pula kami beraya ke rumah Mak Som di Newland dan rumah Mas di Kilbernie. Bulan raya belum berakhir..masih banyak invitation open house sana dan sini. Maklum Malaysian rajin bertamu , menjamu dan seronok saling kunjung mengunjung. Penat jugak beraya tapi puas..sangat meriah sambutan raya di sini maklum kawan2 semua take turn organise open house. Antara sajian raya yang dapat dijamah ialah laksa, nasi beriyani, lontong, roti jala, roti canai, nasi hujan panas, nasi lemak, spagethi, mee kari, serunding daging, serunding ikan (macamana Haza boleh terlepas dapat pos dari Malaysia pun Wallahualam). Kalau kat rumah Mak Som jangan cakaplah selaut mata memandang.
Ahadnya MSD pula organise open house. Satay, mee dan nasi beriyani. Kawan2 dari Palmerston North juga kelihatan hadir. Syoknye raya...Alhamdulillah
Sehari sebelum raya..busy dengan biskut cornflakes hasil tangan Sofea, Adam & Aidid. Farha turut memantauSempat bergambar Raya sebelum ke Mosque

Friday, September 26, 2008

Sakura Festival

Bertempat di IPC (International Pacific College) Palmerston North, kali ini Sakura Festival pula mengambil tempat. Konvoi 6 buah kereta- Fairuz, Pian, Madi, Sam, Nik dan kami meluncur sejauh 2 jam sebelum sampai ke destinasi. Sebaik sampai, parking dah penuh. Berbaloi perjalanan jauh kerana landscape IPC sangat indah dan cantik. Pokok sakura yang berjuraian gugusan bunga kecil -pinkish memenuhi lirikan mata ditambahi pula dengan tasik-tasik yang dipenuhi berbagai jenis bunga2an lain. Sangat cantik. Anak2 macam biasa sibuk dengan bouncing castle tetapi saya lebih seronok menghirup udara segar , nyaman dan menjamu mata menyaksikan keindahan panorama ciptaan Illahi. Pertunjukan kebudayaan negara juga dipertontonkan dan dikiri kanan jalan dipenuhi dengan Japanese girl yang berkimono-rasa macam kat Jepun pun ada. Bagai tak mahu balik kerana terpesona dengan keindahan semulajadi IPC, kami meneruskan perjalanan kali ini ke Wind Farm pula menyaksikan deretan janakuasa windmill yang terletak di lereng-lereng bukit.

Sekitar IPC

Teruja melihat gelagat Japanese yang berkimono

Di Windmill Farm

Pose istimewa Aidid

Perkarangan Admin Office IPC