Watch Out

Friday, January 18, 2008

Rileks-rileks di Frank Kitts Park








Pergi Frank Kitts Park (Waterfront) di Lambton Quay melayan budak2 main-main selepas office hours....(baru balik office) , di Lambton Quay lah terletaknya Kampus Pipetea office kami (Commerce and Law)...

Aktiviti petang di halaman rumah





Selalunya petang-petang Sofea dan Adam mesti merengek nak jalan-jalan..tapi taklah setiap hari dilayan permintaan ini...selalunya rileks-rileks di halaman rumah aje disamping evening tea dgn Bro Suffian and Sis Aminah....papanya pulak melepas gian golf without green fee..he..he.. apa lagi menyangkul lah .....sebenarnya Bro Suffian tgh menggembur tanah depan rumah kami untuk tujuan top soil nak tanam rumput nak bagi senang Sofea dan Adam main dan bergolek atas rumput katanya...seronok juga menikmati pemandangan petang di Hataitai kawasan rumah kami memang berbukit jadi pemandangannya memang superb...

Happy 1st Birthday Aidid Zaquan





Aidid lahir pada 9 January 2007 di Hosp Pakar Sultanah Aminah di Muar Johor....dalam setahun dah jadi handsome boy...Antara rakan-rakan yg hadir off course Khairul,Deb and family (chef nasi beriani,menu utama), Ann-Shukri and family,Khalizul-Rosmini and Brother Suffian (our landlord), Sister Aminah, Radiah and Shafiq...
Antara menunya pula ialah; Nasi beriani kambing, jelatah timun nenas, ayam kurma,apricot square,puding roti Aunt Ann, spring roll Sis Aminah and Garlic bread Radiah...memang menyelerakan....di samping 2 biji Mud Kek (sebiji tak cukup)...Alhamdulillah....segalanya berjalan lancar, Sofea dan Adam tak sabar2 bukak hadiah2 Aidid....
Buat nenek Jamilah di Malaysia..Aidid dah setahun...dah pandai jalan..tapi belum tumbuh gigi....mesti nenek selalu teringat kat Aidid kan...Aidid pun sama....
Buat Aidid Zaquan; semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...Moga jadi anak yang baik dikalangan orang yang baik-baik....Amin Ya Rabbal Alamin...





Monday, January 14, 2008

New Year..2008...













Happy New Year!......

Kami ke Mount Vic Outlook sempena cuti New Year..tapi taklah spent lama sangat sebab Papanya kerja...malam nanti...(double pay tu..). Sebenarnya dari rumah kami di Hataitai kami boleh nampak puncak Mount Victoria ni....tapi sayup2 ajerlah..so sempena cuti ni kami pun kesana untuk menyaksikan satu lagi keindahan....Moga tahun 2008 membawa sinar kebahagiaan,rahmatNya dan terbuka segala pintu rezeki buat kami dan kalian semua..Amin..

Sepetang dengan post grads families..





Dapat panggilan dari Dr. Abdullah (penghulu) mempelawa kami berkelah di Miramar Beach..memandangkan kari kepala ikan tgh tadi masih banyak, kami pun apa lagi...bersiap dgn segala keperluan picnic..bukan senang nak kemana2 dgn anak2 kecik di Wellington ni...segala susu,pampers,baju extra,packed food..semuanya perlu disediakan..maklumlah si Aidid tu setahun pun belum lagi....Tapi segalanya berbaloi melihat telatah Sofea, Adam bahkan Aidid keseronokan dan kesejukkan di Miramar Beach...

Aktiviti menangkap mussels(kupang) dan paua juga tak ketinggalan seronoknya..dicelah2 batu salah seorg kawan (Nawawi), dapat beratus-ratus mussels..apalagi BBQ bersama2 ayam perap Kak Yah, dan daging salai yg dibawa oleh Isteri Nawawi...kami cuma contribute kari kepala ikan dan nasi aje la disamping makanan lain yg dibawa oleh kawan2....kami menjamu selera dgn cukup enak ditepi pantai Miramar sambil dibuai angin Kepulauan Pasifik yang sangat sejukkkkk....


Sunday, January 13, 2008

...kisah kami...

Kami sampai di bumi Kiwi pada 5 Nov 2007...jam 12.30, mendarat pertama kali di Auckland International Airport. Seterusnya menyambung perjalanan ke Wellington. Dugaan pertama bermula.... flight ke Wellington rupa2nya berlepas jam 2.30 pm dan kami tak sempat nak mengheret baggages (9 buah) dan sofea banyak menolong...thanks dear...Adam biasalah asyik buat perangai..dan Aidid nampak maintain jer.... Akhirnya after having a good kautim dgn Airnewzealand kami berlepas jam 3.30 p.m dan sampai ke Wellington airport jam 4.30p.m.

Kami disambut oleh VUW staff dengan sedikit welcome souvenir! Pretty good... Kami menuju ke The Terrace ..disambut oleh Khairil yang baik hati (student undergrads)..selepas downloading brg2 kami menjamah semangkuk maggi panas (sempat selit dlm baggage)..anak2 mula merengek keletihan..dan akhirnya setelah berkenalan dgn khairil dgn lebih mendalam kami tertidur....keletihan...