Watch Out

Wednesday, April 30, 2008

Pengalaman beli lembu di Levin












Sempena cuti ANZAC Day... Bro. Suffian and Sis. Aminah ajak pergi beli lembu di Haji Yusuf's Farm di Levin. Agreementnya ialah kami akan ambil share 1/4 dari keseluruhan lembu. Lagi 3/4 Bro. Suffian yg beli. Kami setuju kerana Bro. Suffian yg jugak our landlord offer freezernya kerana pasti fridge rumah kami tak muat.

Perjalananan ke Levin ambil masa selama sejam dari Wellington. Sampai aje di ladangnya...kami disambut dgn. kambing2 dan biri2 yg sihat2....seronok tengok gelagat Sofea,Adam dan Aidid beri kambing dan biri2 makan roti. Lepas tu acara memilih lembu bermula.

Husband dan Bro. Suffian memilih seekor lembu yang gemuk. Setelah dikenalpasti dan dinilai harganya, (murah..sangat murah $600.00 sahaja) lembu itu ditembak oleh seorang shooter. sebaik rebah kebumi Bro. Suffian berkejar kearah lembu tersebut. Dengan bacaan doa ringkas lembu tadi disembelih oleh Bro. Suffian sendiri dibantu oleh husband saya. Saya dan anak2 menyorok di belakang reban arnab sambil melayan anak2 bermain dengan arnab2 comel.

Setelah selamat disembelih, lembu tadi perlu digantung di tripod dan dibelah dengan chainsaw. Proses ini sangat pantas kerana mereka bekerja dengan segala kelengkapan jentera dan peralatan yg efficient. Seterusnya belahan2 anggota badan, kaki dan yg2 lain dikerjakan oleh husband, Bro. Suffian dan Sis. Aminah (dilapah dan dibersihkan). Proses ini mengambil masa hampir sejam. Anak2 pulak sibuk bermain2 disekitar farm yang dilengkapi dengan mini taman permainan kanak2, giant trampoline jumping, dan beri makan kambing, arnab dan burung merpati. Yang pasti..kerja2 penyembelihan ini pantas, bersih dan sangat menyenangkan kerana segala kelengkapan cukup lengkap. pembeli hanya datang bawa duit sahaja. Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami sempat singgah di Lindale menikmati ice-cream yg tersedap di New Zealand (kata Dr. Abdullah @ abg. lah)..memang sedap betul ice-creamnya...hmm

Saturday, April 5, 2008

Jungle Germ-Projek Sofea


Akhirnya dapat jugak saya,suami dan Sofea sendiri menghabiskan projek Jungle Germnya...he..he. Buat pengetahuan,"Jungle' ialah nama kelas Sofea.Suami print dan pilih gambar, saya gunting gambar..Sofea tampal gambar, tampal sticker dan kami sama2 buat sedikit decoration....
Di sini kami paparkan secara exclusive..jeng..jeng Sofea's Jungle Germ. Gambar ini akan dipaparkan di dalam kelas selama seminggu (weekly Jungle member's turn). Sofea hendaklah sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan dari rakan2, other parents dan guru2 berkenaan gambar ini selama ianya dipaparkan.

Friday, April 4, 2008

Istana Malaysia




Sesekali datanglah perasaan nak makan kat luar macam kebiasaan kami di Malaysia..apatah lagi Adam yang tak faham apa erti halal haram tu asyik nak minta makan kat restaurant setiap kali kami passing by any restaurant.




Petang itu setelah mengambil Sofea di rumah kawan baiknya Tom, husband mengajak saya ke Wellington city untuk dinner. Teruja dgn permintaan itu saya mengangguk tanda setuju dan tanpa dirancang kereta kami meluncur ke Istana Malaysia. Sebenarnya terdapat beberapa restaurant di sini yang boleh di kunjungi antaranya ialah Istana Malaysia, Satay Malaysia,Morocco Kebab, Rasa Restaurant dan etc..Boleh tahan rasa makanannya tapi taklah sama dgn rasa makanan di Malaysia...dahlah murah, sedap, variety, dan segala macam lagi best la kalu nak compare dgn sini..Tapi tak pa Alhamdullillah dapat juga menunaikan hajat kami sekeluarga dinner di luar.walaupun harganya agak mahal..(kami order murtabak $15.00, nasi goreng ayam $16.00, mi kari $15.00, 2 roti canai $5.00) nanti try restaurant lain pulak kalu ada rezeki dan kesempatan..bisik hati saya..