Watch Out

Wednesday, April 30, 2008

Pengalaman beli lembu di Levin












Sempena cuti ANZAC Day... Bro. Suffian and Sis. Aminah ajak pergi beli lembu di Haji Yusuf's Farm di Levin. Agreementnya ialah kami akan ambil share 1/4 dari keseluruhan lembu. Lagi 3/4 Bro. Suffian yg beli. Kami setuju kerana Bro. Suffian yg jugak our landlord offer freezernya kerana pasti fridge rumah kami tak muat.

Perjalananan ke Levin ambil masa selama sejam dari Wellington. Sampai aje di ladangnya...kami disambut dgn. kambing2 dan biri2 yg sihat2....seronok tengok gelagat Sofea,Adam dan Aidid beri kambing dan biri2 makan roti. Lepas tu acara memilih lembu bermula.

Husband dan Bro. Suffian memilih seekor lembu yang gemuk. Setelah dikenalpasti dan dinilai harganya, (murah..sangat murah $600.00 sahaja) lembu itu ditembak oleh seorang shooter. sebaik rebah kebumi Bro. Suffian berkejar kearah lembu tersebut. Dengan bacaan doa ringkas lembu tadi disembelih oleh Bro. Suffian sendiri dibantu oleh husband saya. Saya dan anak2 menyorok di belakang reban arnab sambil melayan anak2 bermain dengan arnab2 comel.

Setelah selamat disembelih, lembu tadi perlu digantung di tripod dan dibelah dengan chainsaw. Proses ini sangat pantas kerana mereka bekerja dengan segala kelengkapan jentera dan peralatan yg efficient. Seterusnya belahan2 anggota badan, kaki dan yg2 lain dikerjakan oleh husband, Bro. Suffian dan Sis. Aminah (dilapah dan dibersihkan). Proses ini mengambil masa hampir sejam. Anak2 pulak sibuk bermain2 disekitar farm yang dilengkapi dengan mini taman permainan kanak2, giant trampoline jumping, dan beri makan kambing, arnab dan burung merpati. Yang pasti..kerja2 penyembelihan ini pantas, bersih dan sangat menyenangkan kerana segala kelengkapan cukup lengkap. pembeli hanya datang bawa duit sahaja. Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami sempat singgah di Lindale menikmati ice-cream yg tersedap di New Zealand (kata Dr. Abdullah @ abg. lah)..memang sedap betul ice-creamnya...hmm

No comments: