Watch Out

Thursday, January 29, 2009

Summer







Summer menjelma lagi maknanya dah genap 4 musim dilalui di bumi Kiwi ni..Pantas masa berlalu meninggalkan segala jejak progress kehidupan, pengajian dan pengalaman. Minggu lepas sempat bermalam di Casle Point, Masterton. Kononnya nak menjejak laluan whales dan dolphin..namun puas ditunggu...percikan demi percikan air diteropong..namun hampa terutama anak2 yg gelisah tatkala pusaran air sedikit mengganas ditiup angin disangka kelibat whales.

Walau hampa dgn bayangan 'mereka'..namun suasana dan panorama di Castle point tersangat indah..sukar diungkap menjadi kata2 tetapi setiap inci bayangan keindahan masih terpahat dalam ingatan ...terkenal dgn rumah api, pantai yang lebar dan cantik, batuan 'reef' yang tersergam indah dah bercantum seakan2 membentuk sebuah tasik yang terhasil dari pusaran air laut...waduh..cantik banget.. hubby apa lagi menjoran dan bersama2 team jorannya berjaya membawa balik hampir 30 ekor kahawai dan spotty malam itu. BBQ ikanlah jawabnya... makan memang kelas..maklum geng2 yg pergi bukan calang2 handal memasak...Mas, ueya, Yani, Ct, Cah...pegh..dari kari ayam, kerutub kambing, mee bandung, kahawai masak asam pedas, nasi daging, nasi lemak, Traveli masak lemak cili api, kahawai masak berlada..kus semangat...macam x cukup 3 hari 2 malam nak habiskan sume makanan....

Bercerita pasal summer ni..setiap pagi Sofea akan membuka tingkap biliknya memberi laluan sinaran mentari menjengah bilik..lalu pantas tangan kecilnya akan memetik 2-3 biji buah peach dari tingkap bilik. Jawabnya berbakul2 buah peach dirumah kami....apalagi panggil kawan2 berjamu...yg muda dicicah belacan+gula+garam+cili+air asam. Yg masak dimakan saja. Depan rumah pula buah nectarine berjurai2. sesekali datang keinginan nak makan rojak buah. Epal hijau pengganti mangga, , nenas, timun ..cukup dicicah dgn sambal pencicah or kuah rojak.Hmmm...sodap!

10 comments:

intan said...

hmm... best dengar sofea petik buah. Kat sini nectarine 5 biji RM10 manakala apricot pula 3 biji RM10. Sekarang ni banyak buah-buahan luar dari NZ masuk Malaysia. Paling fresh, cherry, but a bit expensive, satu kilo RM86.

zura said...

orang melayu makan peach cicah belacan?

im said...

wah bestnya buka tingkap terus petik buah! Tunjukkan sikit gambar dari bilik ke pokok tu. Sungguh tak dpt aku bayangkan.

Balkish said...

Intan,
Dengar sibuk prepare ke Praque???

Zura,
Peasch muda masam ans kelat2 sikit

Imah,
Ye tak ye pula esok...esol upload gambo...kena tangkap dulu

miss ziziey said...

wah,puan,jumpe jugak pn kat sini.best tgk gambar2 tue semua,sorry for any mistakes that i have done to u;)puan belaja berapa tahun nie-azi...http://missazieyusof.blogspot.com

Nurzeatul said...

Balkish...Congrats!!!DM 52!!!

Nazhatulshima Nolan said...

Congratulations Balkish on your DM 52!

Anonymous said...

amboiiiiii....jauh berjalan nampak nyer....gud luck

- Rose palmy

Hasya Diyanah said...

apa la untie tak update blog.. sekarang dah winter, pas tu spring, pastu nak masuk summer sekali lagi dah..

Hasya Diyanah said...
This comment has been removed by the author.