Watch Out

Friday, July 25, 2008

Ekspedisi North Island: I - Mt. Ruapehu















"Confirm"..4-7 July 2008 kita makan angin. Yey..anak2 bersorak riang. Dipendekkan cerita semuanya selesai di prepare..makanan, pakaian, susu&pampers,persiapan khas utk main snow, hotel (booked), kereta (serviced), maklum nak jalan jauh dgn budak2 ni...

4 July 2008- bertolak; Mount Ruapehu
Bertolak seawal 3.30 pagi. Dalam perjalanan anak2 tidur tapi kejap2 terjaga tanya dah sampai ke belum. Singgah di pertengahan jalan solat subuh dan menjamah sarapan pagi. Sedap..sosej bakar, sandwich roti & egg mayo, spaggethi. Hmm bukan alas perut lagi ni...Perjalanan diteruskan menuju ke Okahune. Sampai di wheel chain centre (tayar depan kereta hendaklah diikat dgn wheel chain utk ngelak gelinciran glasier) sekitar 9.45am. Mt Ruapehu adalah active volcanoe dan kali terakhir ianya mengeluarkan lahar adalah pada 2004. Wow.!.syoknya main snow di lereng active volcanoe...Sampai dipuncak Mt Ruapehu, persiapkan anak2 dgn pakaian utk main snow, sewa slade $10. Puas , seronok, rileks, enjoy, macam2 nak digambarkan ketika saya, husband, bermain dan melihat telatah Sofea, Adam & Aidid bermain and slade dgn snow. Setelah hampir 2 jam bergelumang dgn snow kami naik ke atas cafe utk cofee & fish n fries. Aidid dapat choc muffin..masing2 kelaparan dan makan sepuasnya especially nak hilangkan kebas akibat kesejukkan. Selesai lunch, kami sambung lagi snow & slading kali ini kami menjelajah jauh ke bawah gunung. Wow....saya mula2 ketakutan utk slade..lama2 seronok pulak ngalahkan anak2. Husband asyik dgn camcoder Sony baru (keciwi) dan sibuk merakam segala aksi. Selesai dan puas bermain kami bercadang utk terus ke motel. Ketika itu ribut kecil salji bermula, pedih muka menahan tiupan angin yang membawa bersama2 nya salji apatah lagi melihat anak2 yg terketar2..Di motel, Miro Ridge..kami mendapat sebuah bilik besar yang dilengkapi katil kingsize dan bunker utk anak2. Selesai dinner, kami bermeeting sikit utk perjalanan esok. Ekspedisi ini turut disertai oleh 3 keluarga lain (Madi&Mas, Sham&Ueya, K'rul&family serta Cah n CT). Tidur malamnya nyenyak dek keletihan, malam itu snow turun tetapi yang pastinya tidur kami nyenyak dan selesa sementara menunuggu pagi esok utk menyambung ekspedisi.

















2 comments:

payday loans said...

I like the way you wrote this kind of blog.


payday loans

MOHD FARIED said...

syok nyer tengok you all main salji. maklum la kt segamat tkder.. hehe
kalau ada rezeki saya n family ke sana blh puan jadi tourist guide..