Watch Out

Saturday, July 26, 2008

Ekspedisi North Island: III- Rotorua, Lady Knox gasier & Maori Village










Meneruskan perjalanan pagi esoknya ke Rotorua. Perjalanan mengambil masa 1 jam sahaja dari Lake Taupo. Tempat pertama dilawati adalah Mud Pool. 'Busuklah mama' komen sofea sambil menekup hidungnya tatkala terhidu bau belerang (sulfur). Tepat pukul 10.15 kami telah berhimpun di hadapan Lady Knox gasier bagi menyaksikan satu lagi keindahan iaitu pancutan gasier.

Seterusnya ke Thermal Wonderland. Di sini kami berjalan sejauh 1.5 km (shortest path) mengelilingi tasik, lopakan sulfur dan melihat keindahan semulajadi bentuk muka bumi Kiwi ini. dalam hati saya patutlah New Zealand ni takda ular...banyak sgt sulfur. Sambil berjalan kami bergambar dan sampai di titi/jambatan panjang yang menyeberangi tasik/lopak sulfur. Sebelum ke hotel Ace Motor kami sempat ke Liliput farm tapi malangnya tutut dek cuaca yang tak mengizinkan. Aktiviti terakhir sebelum check in hotel ialah bersantai di perkampungan Maori menyaksikan tamadun, cara hidup dan peradaban mereka. Kami sempat dihiburkan dgn tarian Maori (tergelak mengenangkan Aidid yang menangis ketakutan sambil menekup muka).

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
BZmum said...

Kak balskish bestnye!!!! Tak sabar nak dengar cerita lagi.. Congrats.. things went smoothly for you. Wish U d best!