Watch Out

Thursday, September 4, 2008

Al-Fatihah buat Kak Miah

Semalam jam sekitar 1p.m (waktu Malaysia) Kak Miah (kakak kepada suami) telah pulang ke Rahmatullah. Kami mendapat khabar menerusi email yang dikirimkan oleh anak saudara. Nasib baik frekuensi cek email ni kerap dilakukan oleh hubby lately. Panggilan demi panggilan dibuat ke Malaysia, suami berhubung dgn sanak saudara mengenainya. Arwah dikhabarkan meninggal akibat diabetes ketika beliau pitam. Sedih...sayu..Terkenang kembali sepuluh tahun lepas beliau pernah tinggal sekejap dgn kami di Puchong. Sewaktu hayatnya beliau sangat disenangi ramai. Sangat cekap memasak dan beliau menyara hidup keluarga dgn berniaga di beberapa tempat di Sg. Petani. Tatkala penyakitnya semakin teruk beliau mula tinggal bersama2 anaknya di Johor Bharu dan kadang2 di Melaka. Benarlah juga kata sebahagian orang2 tua bila di hari tua nanti kita lagi selesa tinggal bersama2 anak perempuan. Bukanlah bermakna anak lelaki tidak menyenangkan namun fitrah anak perempuan lebih memahami mungkin menjadi faktor galakan.Beliau meninggalkan suami (Abg Ku Ie), anak2 (Ina- JB, Ita- Melaka, Mie- KL dan Intan- Ipoh).Semua anak2 dah besar2 belaka dan berkahwin. Kehilangan beliau sangat dirasai terutama jika pulang ke Sg. Petani nanti...kerana rumah beliau adalah destinasi wajib bagi kami sekeluarga.Beliau juga yang sering mengajar saya memasak disaat mula2 berkahwin dulu antaranya yang saya paling ingat ialah rendang dan kerabu perut. Rajin, cekap dan baik..itulah dia Allahyarhamah kak Miah... Jasad selamat dikebumikan malam semalam setelah ianya dibawa dari JB ke Kg. Bujang, Sg. Petani.

Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan mereka2 yang beriman....Al-Fatihah

7 comments:

Anonymous said...

Salam dari kejauahan dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Moga kita bersungguh mengaut
manfaat dan janji-janji-NYA.
Takziah diucapkan.
Semalam Tan Sri Abdul Samad Ismail,
wartawan tersohor dan prolifik telah pulang ke rahmahtullah.
Al-Fatehah.

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Takziah pada puan sekeluarga..
Semoga roh Allayarhamah ditempatkan dalam golongan para syuhada' dan orang yang beriman..aminn..

Balkish said...

Ainol dan Huda,

Terima kasih

Khairul said...

Abg Ali & Kak Bel
Saya dan keluarga megucapkan Takziah. Kami doakan agar roh arwah sentiasa dibawah limpahan rahmat Allah swt. Amin

Syah said...

Salam Bell.

Takziah juga dari kami sekeluarga.

Balkish said...

Khairul & Syah

Thanks

Anonymous said...

Assalamualaikum...walaupun terlewat,TAKZIAH buat balkish n family. Wondering...kenapalah I tak bleh recall ur brother Ie???!!! I thought u only have one brother left...Abg Ain. Teruknya memory I ni...