Isnin lepas saya berkesempatan berbual dengan seorang student 'Rudy' yang akan balik ke Malaysia untuk data collection. Seronok benar nampaknya dia setelah berjaya mendapatkan geran dan pulang ke Malaysia apatah lagi sewaktu winter. " seronok kak dapat escape winter"..katanya.
Landlord saya, Bro. Suffian sekeluarga juga akan ke England selama 2 bulan sempena winter ini. (England summer ketika New Zealand mengalami winter). Aduh..seronoknya mereka. Tatkala ini saya sekeluarga dilanda 'flu' bermula dengan Sofea (demam), diikuti oleh Aidid yang sentiasa 'running nose'. Saya juga merasa tempiasnya , rasa berat kepala, sakit2 badan dan selsema yang memanjang. Teringat saya ketika Sofea mula2 kena demam last week, pagi tersebut dia tak mahu kesekolah. Dia tanya samada saya akan ke office atau tidak. Saya jawab pendek 'yes'. Dia mula menangis dan berkata 'kalau mama pergi office, Yah sleep on the beach and let crocodile eat'. Sangat serba salah saya dibuatnya, tapi camana ada meeting dgn supervisor pagi tersebut..
Berbalik kepada Rudy yang akan pulang ke Malaysia. Dia merupakan pelajar Master in Tourism. Katanya dia pernah membuat satu survey berkenaan dgn winter depression. Ramai orang akan mendapat 'flu' yang berpanjangan, rasa malas menguasai diri (sejuk2 ni mulalah nak tidur aje), dan tabiat makan dengan banyak (puasa dalam winter tahun ni), tak kurang juga produktiviti level menurun dengan begitu drastik. Aduh..lemah dengar penjelasan dia. Apa pun saya berdoa semoga winter yang akan menjelma sikit masa lagi tidak terlalu menduga saya dan keluarga.