Watch Out

Thursday, May 8, 2008

Cyclone hits Myanmar- Bertafakur

Awal Sabtu bersamaan 3 Mei 2008, Myanmar dilanda Taufan Nargis. Saya sebenarnya hanya mengetahui keadaan ini pada hari Isnin ketika meeting dengan Supervisor. Saya menggeleng kepala tatkala diajukan soalan 'Do you know that Myanmar was hit by a cyclone and more than 20,000 people dead?' Dia seterusnya memberikan surat khabar Wellingtonian Post kepada saya







Rasanya wajarlah kita kongsi bersama kesedihan, kepayahan dan kemusnahan yang dialami oleh jiran kita -Myanmar. Belum pun pulih daripada bencana tsunami di Aceh, Taufan Nargis melanda sebuah lagi negara anggota ASEAN. Angka kematian mencatat 22,000 orang tetapi kita pasti jumlahnya lebih daripada itu kerana 41,000 mangsa masih disenaraikan hilang.Tidak mustahil angka tersebut mencecah 100,000 orang disebabkan ada mangsa yang terselamat mengalami kecederaan serius, penyakit berjangkit dan kebuluran.
Bayangkanlah betapa dahsyatnya angin selaju 190 kilometer sejam dan ombak besar setinggi 4 meter meranapkan rumah dan bangunan, merosakkan jalan raya dan infrastruktur yang lain serta meninggalkan jutaan manusia tanpa air bersih, makanan, tempat tinggal dan ubat-ubatan.
Kita tidak tahu bagaimana rejim Myanmar akan menguruskan masalah ini. Kawasan yang teruk dilanda taufan ialah delta Irrawaddy - yang mempunyai kira-kira enam juta penduduk.Rangoon, bekas ibu negara Myanmar turut dilanda teruk oleh Taufan Nargis.Kesan bencana ini dipercayai lebih buruk daripada tsunami kerana ia dibataskan oleh sumber terhad yang hanya dapat diberikan daripada udara, apatah lagi pihak junta tentera masih lagi belum bersedia membuka pintu Myanmar kepada bantuan asing dan sukarelawan dari seluruh pelusuk dunia.Bantuan asing pertama bernilai lebih AS$10 juta (RM31.5 juta) tiba dari Thailand tetapi kekurangan peralatan khas melambatkan pengedaran.
Sama2lah kita bertafakur dan berdoa agar bencana yang menimpa Myanmar dapat ditangani segera justeru dapat meringankan bebanan azab yang ditanggung mangsa-mangsa keganasan taufan ini.

No comments: