Watch Out

Monday, September 1, 2008

Ramadhan Menjelma Lagi

Alhamdulillah..dapat bertemu lagi dikesempatan Ramadhan tahun ini. Bulan penuh kerahmatan, pengampunan dan kenikmatan. Jadual Iftaar (buka puasa) dan Imsaak dah digantung untuk daily reference. Semalam sedang sibuk mengajar Sofea niat berpuasa dan doa buka puasa, tiba2 kelihatan Aidid menyempurnakan solat 'Dhuha' gamaknya. Mulut keciknya yang hanya dihuni beberapa batang gigi kumat kamit seolah2 membaca sesuatu. Saya memerhati dgn geli hati ..apatah lagi dia tiba2 terjun tiruk menjunam utk sujud tanpa sebarang rukuk...Aidid..Aidid..kelakar betul...Kami menegur, lantas dia berhenti solat dan tersipu2 malu..

Camana Sofea nak puasa ni...umur dah enam tahun (teringat saya mula berpuasa penuh ketika umur2 begini dahulu). Cabaran paling payah ialah Sofea is the only muslim student in Hataitai School. Waktu makan ada 2x. Teabreak 15 min dan lunch 1 jam. Takkan mampu dia berpuasa sedangkan kawan2 lain enak makan dan berlari2. Hish..susah jugak..

Hari ni ..cadangnya nak masak rendang ayamlah..first day berbuka puasa di perantauan...bagi good starter sikit.Husband berhenti kerja sempena Ramadhan ni..baguslah..serik melihat dia bekerja sepanjang malam dan keesokkanya terpaksa pulak menjaga anak kalau saya ada apa2 hal di office. Cabaran berpuasa disini kerana program dan routine hidup berjalan seperti biasa kerana Kiwi tak mengerti apa2 pasal berpuasa dan time utk Iftaar.Nasib kelas dah habis dan Supervisor (Bhgwan) pun steady jer .... So semoga Ramadhan ini kami sekeluarga dapat berpuasa dgn baik dan meningkatkan amalan2 sampingan..Amin
Buat semua umat Islam..salam Ramadhan dari kami sekeluarga..

4 comments:

Syah said...

Selamat berpuasa kepada Mama Bell jugekkk..

Mohd Halim Kadri said...

Selamat berpuasa untuk Balkish sekeluarga.

Anonymous said...

Saya dulu pn puasa umur 6 thn. Pegi sekolah cikgu paksa makan sbb org lain tak puasa. So, mak saya suruh pegi sekolah makan bila masa makan dan balik sambung semula puasa. alhamdulillah, yang penting itu sebagai latihan sahaja.

Anonymous said...

selamat menjalankan ibadah di bulan ramadhan...