Watch Out

Sunday, October 19, 2008

Syoknye ..Raya

Hari Raya Aidilfitri 2008 jatuh pada 1 Oct. Seronoknya pengalaman pertama menyambut lebaran tanpa keluarga di Malaysia..well sedih jugak tanpa mereka tapi apakan daya. Lebaran tahun ini diserikan dengan kedatangan seorang kawan dari Melbourne, Farha. Farha sedang mengikuti pengajian PhD beliau di Monash U di OZ, Gippsland campus, Churchill. Beliau sampai Wellington pada Ahad malam dan kami berbual panjang lebar.

Pagi raya, juadah yang sempat disediakan ialah soto ayam, nasi impit, kuah kacang. Sofea, Adam dan Aidid pula menyumbang biskut cornflakes. Jenuh jugak nak menyiat ayam dan buat begedil ni...tapi raya punya pasal no hal. Ali sembahyang raya di Kilbernie Mosque dan setelah sembahyang kami mula menerima tetamu sehingga jam 4 petang. Meriah sungguh....Rumah Bro. Suffian lebih meriah dengan tetamu aneka bangsa. Rumah kami menerima tempiasnya..seronok menyambut tetamu bukan sahaja dari kawan2 Malaysia, bahkan dari Cambodia, Bangladesh, Indonesia, Kiwi dan Iraq.Setelah itu sempat pula kami beraya ke rumah Mak Som di Newland dan rumah Mas di Kilbernie. Bulan raya belum berakhir..masih banyak invitation open house sana dan sini. Maklum Malaysian rajin bertamu , menjamu dan seronok saling kunjung mengunjung. Penat jugak beraya tapi puas..sangat meriah sambutan raya di sini maklum kawan2 semua take turn organise open house. Antara sajian raya yang dapat dijamah ialah laksa, nasi beriyani, lontong, roti jala, roti canai, nasi hujan panas, nasi lemak, spagethi, mee kari, serunding daging, serunding ikan (macamana Haza boleh terlepas dapat pos dari Malaysia pun Wallahualam). Kalau kat rumah Mak Som jangan cakaplah selaut mata memandang.
Ahadnya MSD pula organise open house. Satay, mee dan nasi beriyani. Kawan2 dari Palmerston North juga kelihatan hadir. Syoknye raya...Alhamdulillah
Sehari sebelum raya..busy dengan biskut cornflakes hasil tangan Sofea, Adam & Aidid. Farha turut memantauSempat bergambar Raya sebelum ke Mosque

3 comments:

Nurzeatul said...

Bila nak balik? you pakai baju Intan!!! Datanglah segamat, I masak Special untuk U!!

Anonymous said...

SERONOKNYAAA!!!!...

Syah said...

Syoknyaa balik Malaysia!!!