Watch Out

Tuesday, May 20, 2008

Winter Depression




Isnin lepas saya berkesempatan berbual dengan seorang student 'Rudy' yang akan balik ke Malaysia untuk data collection. Seronok benar nampaknya dia setelah berjaya mendapatkan geran dan pulang ke Malaysia apatah lagi sewaktu winter. " seronok kak dapat escape winter"..katanya.

Landlord saya, Bro. Suffian sekeluarga juga akan ke England selama 2 bulan sempena winter ini. (England summer ketika New Zealand mengalami winter). Aduh..seronoknya mereka. Tatkala ini saya sekeluarga dilanda 'flu' bermula dengan Sofea (demam), diikuti oleh Aidid yang sentiasa 'running nose'. Saya juga merasa tempiasnya , rasa berat kepala, sakit2 badan dan selsema yang memanjang. Teringat saya ketika Sofea mula2 kena demam last week, pagi tersebut dia tak mahu kesekolah. Dia tanya samada saya akan ke office atau tidak. Saya jawab pendek 'yes'. Dia mula menangis dan berkata 'kalau mama pergi office, Yah sleep on the beach and let crocodile eat'. Sangat serba salah saya dibuatnya, tapi camana ada meeting dgn supervisor pagi tersebut..

Berbalik kepada Rudy yang akan pulang ke Malaysia. Dia merupakan pelajar Master in Tourism. Katanya dia pernah membuat satu survey berkenaan dgn winter depression. Ramai orang akan mendapat 'flu' yang berpanjangan, rasa malas menguasai diri (sejuk2 ni mulalah nak tidur aje), dan tabiat makan dengan banyak (puasa dalam winter tahun ni), tak kurang juga produktiviti level menurun dengan begitu drastik. Aduh..lemah dengar penjelasan dia. Apa pun saya berdoa semoga winter yang akan menjelma sikit masa lagi tidak terlalu menduga saya dan keluarga.

9 comments:

payat inc said...

yg pg uk 2 bulan tu tak keje ke winter2?

Balkish said...

payat,

depa sanggup amik cuti 2 -3 bulan...x keja pun tak pa dari asyik sakit aje,,semalam saya hentar sofea ke emergency unit lagi coz dia dapat jangkitan selsema, sakit telinga dan bengkaka mata. Tapi saya tak leh nak escape mana2 kena harungi jugaklah..he..he..

payat inc said...

okok
saya doakan puan satu family shat2 selalu

Mohd Halim Kadri said...

Salam Balkish,
Dah jumpalah surat tu. Alhamdulillah.

Unknown said...

salam balkish,. apa khabarnya di sana. maaf dari sehari ke sehari nak jenguk blog balkish tapi tak sampai2. Nak mohon izin buat pautan ya.

Balkish said...

En. Halim,

terima kasih dun keladi.

kak Maz,
buatlah pautan apa yang patut dan happy to hear from akak

Nurzeatul said...

salam balkish...

lama tak menjenguk blog nih..hehe..dah winter, kejapnyer..kan banyak mkn oren, hehe tuk vitamin c. Tapi same jer kat malaysia ni pun musim demam. Harraz pun hospitalized tiga hari, sebab viral fever (Masa tu I kat Kg. Gajah Induksi...huhu!!)
Alhamdulillah semua dah ok....Student pun dah nak masuk minggu depan!

Ilham Ainol said...

Salam balkish.akhirnya sempat jua saya melayari blog balkish.wah,nampaknya sibuk dan mahsyuk mengurusi pelajaran dan keluarga.memang ongkos sering menghambat namun ingat kita di perantauan,banyak dugaan dan cabaran.bersabarlah.cantik dan manis pantun yang dikirim.teruskan berkarya...

Balkish said...

Norzea,

huk..huk..winter sejuk..bila snow nak turun mama..sofea tanye?????

Ainol,

Lets link one to another and keep sharing cerita2 sensasi dan cerita basi he..he