Watch Out

Friday, May 2, 2008

Surah Competition

Setiap Ahad saya akan menemani Sofea ke Kilbernie Mosque untuk belajar mengaji dan Fardhu Ain. Ahad yang lepas tanpa disangka ada surah competition dan mereka yang mengambil bahagian akan diberi hadiah. Dari wrapping hadiah yang transparent tu dapat dilihat hadiah2 berupa pencil, notebook, stickers, bangle, chocolate dan beberapa barang kegemaran kanak2. Sofea saya perhatikan sudah tak tenteram duduknya dan asyik bertanya lebih lanjut berkenaan dgn surah competition tersebut. After briefing, competition pun bermula. kanak2 mula mengangkat tangan masing2 untuk merperdengarkan bacaan surah masing2. Ada yang membaca 3 surah , ada yang baca 4 surah. Rata-rata berumur sekitar 7-10 tahun. Tiba-tiba saya terkejut melihat tangan kecil Sofea menjulang naik ke atas...tup..tup..hati saya berdebar..ah..sudah..mesti dia nak kan hadiah tu tanpa menghiraukan benda lain.


Persoalannya bolehke dia baca any surah? Bagaikan tak percaya cikgunya memanggil Sofea ke depan kelas dan meminta dia mula membaca surah. Saya sempat mengangguk2 kepala memberikan semangat isyarat kepadanya. Seterusnya saya terus menundukkan muka ke bawah kerana tak sanggup melihat muka anak sulung saya yang berumur 5 tahun lebih itu tatkala dia mula memperdengarkan bacaan surah Al Fatihahnya. Saat bacaan hampir selesai saya sedari yang airmata saya mula mengalir membasahi pipi kerana saya sangat terharu dan bersyukur ke hadrat Allah di ketika itu. Dah besar rupanya Sofea Maisarah..Tak sia2 saya mengajar dia beberapa potong ayat setiap hari sebelum tidur. Tatkala menamatkan bacaan dan menerima hadiahnya ..Sofea meluru ke arah saya dan saya cepat2 menyeka airmata yang semakin galak menjurai. Saya memeluk Sofea dan mengatakan" you're so good". Sofea gembira menerima hadiah dan dapat memberikan point kepada girls group..tetapi hati seorang ibu ini lebih gembira menyaksikan kebahagiaan anaknya ketika itu dan bangga mengenangkan bacaan Sofea sebentar tadi. Semoga Sofea Maisarah akan membesar dan menjadi anak yang solehah dan membanggakan. Amin ya rabbal alamin...

6 comments:

Intan said...

Wow!! Congrats to si comel Sofea. Ada self-confidence yang begitu tinggi. Hadiah sebegini akan motivate sofea untuk lebih cemerlang!! Semoga Balkish sentiasa memberi sokongan pada si kecil sofea... Ibu mithali akan melahirkan anak yang solehah... Insya-Allah.

payat inc said...

erm...ok la tu...
boleh jadi hafizah?

Balkish said...

Intan,
Thanks...

Payat,
Bila nak datang sini?

payat inc said...

wah...kena buat kunjungan hormat ye...
kalau saya datang nanti saya bawakkan kerepek nenek saya...
hehe

soon...

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Puan..

Tahniah untuk sofea dan tahniah untuk mama sofea juga heheheh

Bukan senang nak didik anak-anak zaman sekarang ni puan..lebih2 lagi nak mendidik anak-anak pandai mengaji..di universiti hari ini, berapa ramai mahasiswa dan mahasiswi yang tak pandai mengaji dan juga solat..ini cukup menakutkan...

Saya berdoa semoga Sofea dan adik2nya menjadi anak-anak yang solehah dengan didikan ibu dan ayahnya...InsyaAllah...

Asiah said...

salam perkenalan,
saat sy baca entry ini, air mata saya juga mengalir terharu.. memang mendidik anak membaca al-qur'an bukan suatu yang mudah, perlu istiqamah, kebijaksanaan dan kesabaran...

moga anak2 kita menjadi anak2 yg soleh solehah..ameen