Saturday, December 13, 2008
Hobby baru...
Tumpasnya Dua flounders (ikan sebelah) dan lagi dua species yg tidak ketahuan
Sunday, October 19, 2008
Syoknye ..Raya
Pagi raya, juadah yang sempat disediakan ialah soto ayam, nasi impit, kuah kacang. Sofea, Adam dan Aidid pula menyumbang biskut cornflakes. Jenuh jugak nak menyiat ayam dan buat begedil ni...tapi raya punya pasal no hal. Ali sembahyang raya di Kilbernie Mosque dan setelah sembahyang kami mula menerima tetamu sehingga jam 4 petang. Meriah sungguh....Rumah Bro. Suffian lebih meriah dengan tetamu aneka bangsa. Rumah kami menerima tempiasnya..seronok menyambut tetamu bukan sahaja dari kawan2 Malaysia, bahkan dari Cambodia, Bangladesh, Indonesia, Kiwi dan Iraq.Setelah itu sempat pula kami beraya ke rumah Mak Som di Newland dan rumah Mas di Kilbernie. Bulan raya belum berakhir..masih banyak invitation open house sana dan sini. Maklum Malaysian rajin bertamu , menjamu dan seronok saling kunjung mengunjung. Penat jugak beraya tapi puas..sangat meriah sambutan raya di sini maklum kawan2 semua take turn organise open house. Antara sajian raya yang dapat dijamah ialah laksa, nasi beriyani, lontong, roti jala, roti canai, nasi hujan panas, nasi lemak, spagethi, mee kari, serunding daging, serunding ikan (macamana Haza boleh terlepas dapat pos dari Malaysia pun Wallahualam). Kalau kat rumah Mak Som jangan cakaplah selaut mata memandang.
Friday, September 26, 2008
Sakura Festival
Sekitar IPC
Teruja melihat gelagat Japanese yang berkimono
Di Windmill Farm
Pose istimewa Aidid
Perkarangan Admin Office IPC
Monday, September 15, 2008
Daffodil Carnival
Setiba di Carterton
Aidid naik kereta pusing
Bersiar-siar dengan Fire Brigade lama-kesukaan Adam
Berposing di Ladang Daffodil
Aqiqah - Adam & Aidid
Adam & Aidid bergambar di Kilbernie Mosque
Lamb Currry ala Cambodia
Hadirin (basement) - Masjid ada 3 tingkat
Thursday, September 4, 2008
Al-Fatihah buat Kak Miah
Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan mereka2 yang beriman....Al-Fatihah
Monday, September 1, 2008
Ramadhan Menjelma Lagi
Camana Sofea nak puasa ni...umur dah enam tahun (teringat saya mula berpuasa penuh ketika umur2 begini dahulu). Cabaran paling payah ialah Sofea is the only muslim student in Hataitai School. Waktu makan ada 2x. Teabreak 15 min dan lunch 1 jam. Takkan mampu dia berpuasa sedangkan kawan2 lain enak makan dan berlari2. Hish..susah jugak..
Hari ni ..cadangnya nak masak rendang ayamlah..first day berbuka puasa di perantauan...bagi good starter sikit.Husband berhenti kerja sempena Ramadhan ni..baguslah..serik melihat dia bekerja sepanjang malam dan keesokkanya terpaksa pulak menjaga anak kalau saya ada apa2 hal di office. Cabaran berpuasa disini kerana program dan routine hidup berjalan seperti biasa kerana Kiwi tak mengerti apa2 pasal berpuasa dan time utk Iftaar.Nasib kelas dah habis dan Supervisor (Bhgwan) pun steady jer .... So semoga Ramadhan ini kami sekeluarga dapat berpuasa dgn baik dan meningkatkan amalan2 sampingan..Amin
Buat semua umat Islam..salam Ramadhan dari kami sekeluarga..
Monday, August 25, 2008
Series of Updates
Asian Market
Pada 16th August 2008 berlansungnya Asian Market- acara gilang gemilang (makanannya). Beratur punyalah panjang..macam nak masuk Westpac Stadium tangok All Black game. Anyway kami dapat beli laksa seafood, bakso, roti canai, kuih-muih kegemaran anak2. Dalam pada itu setiap negara membuat show masing2 tapi kesesakkan(walaupun kemasukkan ke dalam hall dikawal ketat oleh penganjur tapi dgn anak2 kecik rasanya masih sesak) membatalkan niat kami menyaksikan show2 tersebut.Dengarnya Binh (kawan PhD) pun membuat show mewakili Vietnam.
PhD enrolment
Alhamdulillah, a letter dated 20th August 2008 reached me from VUW, Student Administration. 'I am pleased to advise that your PhD enrolment was confirmed on 21st July 2008. You have been granted full registration'....alamak best ke or berdebar ke...dah sebulan rileks ni cuma jenguk2 sikit data about cumulative abnormal return. Rileknya macam dah habis PhD lah pulak..come on kemanakah terbangnya semangat ku ini..mungkin ke China bersama2 'New Zealand's rowers team'. Sekarang ni tgh cuba memahami konsep 'moving average parameter' di dalam bab earnings persistence...hehe...he..
Ugutan: Karipap Hataitai
Dalam satu keadaan lain saya telah menerima amaran bernada ugutan dari xxxx. Bunyinya amaran tersebut antara lainnya "Kalau mxxx tak buat karipap xxxx tak nak pergi sekolah, tak nak naik scooter lagi, tak nak brush teeth every morning, tak nak tidur..'Maka bergelutlah saya menguli karipap dan memasak intinya. Husband menggelek dan mencanai tepung.
End of Winter-Welcome Spring
Winter dah berakhir tapi kenapa,mengapa masih sejuk menggiler ni....kadang2 3-4 hari cuaca cantik, sunny tapi still 10 degree C. But still better than gloomy and 8 degree C.
Sofea:Swimming Lesson
Semalam menemankan Sofea ke sekolah kerana first time swimming lesson-Sonya, Rosallie and Teresa (cikgu2 Sofea) perlukan bantuan untuk menyalin pakaian renang pre and post swimming kawan2 Sofea yg lain. Memang selalu parents involvement diperlukan...ini adalah kali kedua saya involved, first time waktu leisure activities- saya terpaksa berlatih membuat 'paper dolls' utk bersama2 kelas Sofea suatu ketika dulu. Alahai...kadang2 terpaksa choosy sikit dalam involvement ni..kalau tidak naya...because the range of activities tu kadang2 tak berapa kena dgn masa kita, antaranya- disco party, jumbo sales, food fair..etc.
Bersama-sama dengan classmates Sofea
Saturday, August 9, 2008
Kalau mama boleh jadi...
Wednesday, July 30, 2008
Some interuption comments
Saturday, July 26, 2008
Ekspedisi North Island: III- Rotorua, Lady Knox gasier & Maori Village
Seterusnya ke Thermal Wonderland. Di sini kami berjalan sejauh 1.5 km (shortest path) mengelilingi tasik, lopakan sulfur dan melihat keindahan semulajadi bentuk muka bumi Kiwi ini. dalam hati saya patutlah New Zealand ni takda ular...banyak sgt sulfur. Sambil berjalan kami bergambar dan sampai di titi/jambatan panjang yang menyeberangi tasik/lopak sulfur. Sebelum ke hotel Ace Motor kami sempat ke Liliput farm tapi malangnya tutut dek cuaca yang tak mengizinkan. Aktiviti terakhir sebelum check in hotel ialah bersantai di perkampungan Maori menyaksikan tamadun, cara hidup dan peradaban mereka. Kami sempat dihiburkan dgn tarian Maori (tergelak mengenangkan Aidid yang menangis ketakutan sambil menekup muka).