Watch Out

Monday, February 18, 2008

Seribu satu gelagat anak2






Dah masuk 3 bulan kami berdagang kat Wellington ni...keadaan semakin baik (I guess but quite subjective) tapi kdg2 tu sebagai manusia biasa yang terlalu banyak kelemahan, saya agak tension dgn time management..Selalu duduk berbincang dgn husband merangka jadual kerja kami bersama supaya kami take turn bersama anak2...

"Anak-anak ni amanah Allah" begitulah pesan emak yang sering saya ingat.. tatkala kemarahan tiba2 menjengah dengan gelagat dan perangai 'bukan-bukan' yang sering dipamerkan oleh Adam, Aidid dan Sofea (nama adalah mengikut turutan darjah kenakalan)..Tapi ada masanya mereka saya ajar dgn penuh psikologi dan ada masanya mereka turut diajar mengikut teori 'rotanlogy' (according to Ustazah Zuina, UiTM Johor)..masakan tidak semalam contohnya Adam dan Sofea menconteng carpet rumah dengan dakwat (dari patahan gel pen)..manakan tak mengamuk papanya...teruk dia memberus carpet dan cuba sedaya upaya mengemas kembali kesan kotoran pada carpet tersebut. Akibatnya Adam dan Sofea saya hantar ke bilik tidur lebih awal seawal jam 6 petang (Dek kerana takut dan bersalah mereka pun tertidur tatkala saya periksa bilik mereka sekitar jam 6.30 ptg)

Tapi bila anak2 sudah terlena, saya akan mengambil peluang utk membuat kerja2 yang perlu dibereskan..tiba2 pada suatu saat saya terasa kehilangan..saya terasa sunyi pulak tanpa riuh hilai tawa anak2 dan suara rengekan mereka..Aduh..susah betul .Apa pun saya dapat rasakan kekuasaan Allah di dalam menurunkan ujian kepada hambaNya

Buat Sofea, Adam dan Aidid...cepatlah besar dan jadi anak2 yang baik...


6 comments:

payat inc said...

ya...ya...

kelakar jugak post ni...
biasalah budak2...
bertambah satu perkataan saya harini [rotanlogi]...
anak2 puan ni boleh dikatakan sedang berkembang otaknya...
mane la tau diorang boleh jadi pelukis @ arkitek satu masa nanti...
maka tragedi menconteng karpet pasti akan diingati sampai bila2...amin

Balkish said...

Payat,

Ha..ah nak tgu depa jadi arkitek@pelukis habis carpet rumah sewa saya ni..he..he

Zanariah said...

Balkish,
Sofea dah tak nakal lagi ker? keke.. mesti dia suka dapat bergaul dgn org2 kat sana... jaga diri baik2

Balkish said...

zana,

Dah jadi anak dara baik lah sikit....

Intan said...

Balkish,

Semalam saya berkesempatan bersembang dengan Dr. Margarate from UiTM Sarawak. Ketika melihat Sherry sibuk dok kejar anak-anaknya kat exhibition booth PWTC, dan mendengar keluhan sherry tentang cam mana nak gi buat PhD kat Australia tanpa bawa maid, Dr. Margarate berkata, anak-anak adalah student PhD..., Sebenarnya bila you grad nanti bukannya 1 PhD yang you dapat, tapi 4 sekaligus...

Balkish said...

Intan,
That's wonderful..thanks