Watch Out

Tuesday, February 26, 2008

..Jensen Meckling.

1976 sewaktu Michael Jensen dan William Meckling (theory of the Firm)mendapati artikel mereka tersiar di Journal of Financial Economic..ketika itu saya masih lagi terpesona dengan keasyikkan hisapan botol susu sambil menggigit 'selimut busuk'. Kini setelah 32 tahun artkilel yg sama diulang cetak beberapa kali, saya pula sedang membelek (ntah kali yg keberapa belas),review dan membaca...dan mungkin dikala ini Michael Jensen dan William Meckling pula sedang bersantai dengan lapangnya setelah jenuh mencurahkan idea melalui penulisan hebat mereka.

Theory of ownership structure yg diolah begitu baik sebenarnya adalah gabungan beberapa theory lain seperti theory of agency, theory of property rights dan theory of finance.Konsep agency cost juga telah diberi sentuhan dimana ia mampu menunjukkan perhubungan diantara syarikat, pemilikan dan kawalan...dengan kehadiran tanggungan hutang syarikat dan juga ekuiti luar..persoalan siapa yang menanggung segala kos dan kenapa adalah sangat menuntut penjelasan...Ramai sarjana hari ini menulis bersandarkan theory cetusan Jenson & Meckling..getus hati saya..maka tak mengapa kalau saya peruntukkan sedikit saja lagi masa untuk menelaah penulisan hebat ini..tapi due date mesti ada sebagai limitation..Kalau tidak habislah...mana mungkin sedangkan bahan bacaan lain pula sedang menuggu giliran utk dibelek dan DIBACA & REVIEW...

8 comments:

p.a.y.a.t.c.r.a.n.e.i.n.c said...

okay,
work hard...

intan salwani said...

Anggaplah artikel-artikel tersebut sebagai buku cerita yang menarik... selamat membaca.

Balkish said...

Payat and Dr Intan,

Thanks for the spirits!

Khairul said...

ha ha... Balkish dah mula review kat blog.. bila nak review abg. Kothari nyer capital market research tu... he he..

Balkish said...

Khairul,

Abg Kothari tu panjang betul artikel nya nauzubillah..

Nurzeatul said...

hehe....balkish dah mula dapat momentum...u can do it! go balkish go!

Mohd Halim Kadri said...

Wah! Balkish dan Khairul dah cerita tentang Meckling dan Kothari.

Balkish said...

En. halim,

Bukan apa saja nak sedapkan hati setelah membuang masa surf internet (so kalu discuss pasal paper tu nampaklah macam 'study' sikit).he..he..